RSS

Risiko Wanita Selepas Melahirkan Anak ?

Secara umumnya telah termaklum bagi wanita-wanita selepas melahirkan anak kebanyakan daripada mereka terpaksa menanggung risiko sebagai berikut:

  1. MASALAH PERANAKAN KEBAWAH (Prolapse)
Istilah dan kefahaman melayu jatuh peranakan.
Menurut kepercayaan tradisional 'jatuh peranakan' ini membawa kepada tanggungan risiko berpanjangan para ibu seperti sengal-sengal dibahagian tumit, ketidakselesaan dibahagian perut dan ari-ari, sakit-sakit badan,perut buncit dan kulit perut kendur, mudah mengandung semula. Antara kesannya lagi ialah rahim dan dinding faraj menjadi lemah.Risiko yang terpaksa dihadapi ialah muncul benjolan-benjolan seolah-olah ketumbuhan pada bahagian faraj dan yang paling memeritkan bagi para ibu ialah faraj mereka sentiasa basah.Keadaan ini mengakibatkan ketidak selesaan berpanjangan.

2. BUASIR

Terjadi akibat proses meneran ketika melahirkan anak.ia boleh terjadi kepada kebanyakan ibu.

3. MASALAH DARAH BEKU DALAM RAHIM

Diantara punca terjadinya keadaan ini antaranya adalah kerana kegagalan para ibu mengikut amalan berpantang seperti pengambilan makanan yang amat tidak digalakkan selepas bersalin dan sebagainya.

4. LUBANG FARAJ MENGEMBANG

Secara tabiinya proses melahirkan anak menyebabkan berlakunya pengembangan luar biasa kepada lubang faraj.Lubang Faraj wanita setelah melahirkan anak akan mengembang kebeberapa senti meter dan kekerapan melahirkan anak berkemungkinan menjadikan lubang faraj semakin mengembang . Kesan daripada keadaan ini menyebabkan pasangan masing-masing mula merasai kurang seronok ini mungkin boleh mengakibatkan pasangan suami mula merasai kehilangan kebahagiaan hidup suami isteri.

5. BUAH DADA KENDUR DAN BERUBAH BENTUK

Menyebabkan berlakunya perubahan pada bentuk badan menjadi kurang menarik.

6. KURANG NAFSU SEKSUAL

Perasaan ini biasanya melanda golongan wanita berusia 40an.
Anta dorongan perasaan malas ini ialah keadaan dalaman wanita yang tidak stabil, masalah hormon, muqaddimah hubungan seksual yang lemah dan amat kurang memberahikan dari pasangan, kesibukan urusan tugasan harian dan sebagainya. Mengikut kajian kes juga, perasaan kurang keinginan seksual juga melanda golongan wanita moden seawal usia 30an.

7. SUKAR MENCAPAI KLIMAKS

Kesukaran mencapai klimaks dalam hubungan seksual juga merupakan masalah utama di kalangan wanita bersuami, ini mungkin terjadi disebabkan kegagalan suami menepati kehendak naluri isteri dalam perlakuan seksual atau mungkin juga disebabkan keadaan semulajadi seseprang dan perubahan hormon selepas melahirkan anak.

8. HILANG KEYAKINAN DAPAT MEMUASKAN PASANGAN

Masalah ini kerap menghantui golongan ibu-ibu yang kerap melahirkan ank. Kegagalanmengawal emosi ini berpunca daripada perasaan ada kekurangan pada diri sendiri, akibat daripada sudah tidak mempercayai diri sendiri ini menyebabkan hubungan seksual bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan tetapi kadangkala "amat menakutkan" .Takut suami tidak mencapai nikmat kepuasan sebagaimana yang diharapkan dan akhirnya suami akan beralih mencapai pasangan lain.

9. DALAMAN FARAJ DINGIN

Juga berkait rapat dengan masalah kesihatan dalaman seseorang wanita, akibatnya pasangan akan menikmati hubungan yang hambar dan amat tidak memuaskan.

10. FARAJ BERAIR DAN BERBAU



. NAMPAK LEBIH TUA DARI USIA SEBENAR

Penangguhan ibu-ibu semasa mengandung serta proses melahirkan banyak memberi kesan kepada perubahan dalaman dan luaran. Oleh sebab itu kebanyakan wanita yang telah melahirkan anak mudah nampak tua berbanding dengan pasangan masing-masing. Kegagalan membendung realiti usia yang sepatutnya juga membawa kepada perasaan tidak puas hati dikalangan pasangan. Wanita-wanita walaupun kerap melahirkan anak mesti boleh dan tahu menyesuaikan diri masing-masing untuk memastikan diri sentiasa nampak awet muda..

Selain dari masalah tersebut, masih ada lagi beberapa maslah yang terpaksa dihadapi oleh wanita-wanita yang telah melahirkan anak , dalam konteks masyarakat yang dimodenkan hari ini, masalah-masalah tersebut mungkin disedari dan boleh membawa kepada "tekanan perasaan" dalam mengekalkan status hubungan dan seterusnya gagal memberi kebahagiaan,, kepuasan dan 'memastikan kesetiaan' pasngan masing-masing.

Kesimpulannya dengan mengamalkan pengamalan pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat dibantu dengan pengambilan herba semula jadi, dapat membantu kaum-kaum ibu dalam menjaga dan mengekalkan kesihatan , kesegaran dan kebahagiaan hidup dan pasangan masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment