RSS

Kulim Pro-Tech Engineering

Kulim Pro-Tech Engineering Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang komited untuk mengeluarkan produk-produk yang berkesan dan bermutu tinggi dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang di jamin halal serta selamat untuk di gunakan. Ia menjalankan aktiviti pengilangan produk makanan dan produk cucian. Selain itu, KPT juga memberi peluang kepada syarikat luar yang berminat untuk mengilangkan produk kesihatan mereka Contract Manufacturer.

Tumpuan syarikat adalah penghasilan produk yang berasaskan bioteknologi dan herba. KPT seiring dengan seruan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Razak yang seiring menekankan supaya bidang bioteknologi di majukan kerana yakin dengan kemampuannya untuk menjadi penggerak ekonomi Negara. Industri bioteknologi dan herba telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri yang sangat berpotensi untuk dimajukan dalam abad ke-21. Penggunaan bioteknologi dalam inovasi dan pembangunan produk mampu untuk memberi value added untuk setiap yang di hasilkan.

Sebagai permulaan KPT telah menyusun strategi yang paling efektif berserta rancangan perniagaan yang mantap, telah di rangka oleh pimpinan syarikat, di yakini mampu membawa KPT untuk menembusi pasaran industri makanan dan farmaseutikal di peringkat nasional dan seterusnya antarabangsa.

Di tambah dengan keupayaan dengan melihat keadaan dan peluang pasaran hari ini yang semakin menjurus kepada kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna terutamanya kepada produk berkualiti, natural dan tanpa mempunyai sebarang kandungan bahan kimia yang boleh memberi kesan sampingan jangka panjang serta terjamin halal mengikut syariat Islam. Keprihatinan tentang kesihatan yang semakin meningkat mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk yang berkhasiat yang boleh menyokong dan membantu memperbaiki mutu kehidupan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment